widget

Wednesday, December 14, 2011

HUKUM DI DALAM ISLAM

Terdapat lima jenis hukum di dalam Islam :


WAJIB
Suatu perintah yang mesti di kerjakan . apabila melakukan akan mendapat pahala. Sekiranya ditinggalkan mendapat Dosa. Fardhu terbahagi kepada dua : -

Fardhu ain
Wajib dilakukan oleh semua oram islam yang baligh

Fardhu kifayah
Wajib dilakukan , tetapi sekiranya seorang dalam kawasan atau tempat tersebut terdapat
orang yang melakukannya maka orang lain terlepas kewajipan melakukannya.



SUNAT
Suatu yang dilakukan mendapat pahala , tetapi sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat dosa


HARAM
Sesuatu yang dilarang melakukannya , sekiranya dilakukan mereka akan mendapat dosa Dan jika ditinggalkan mendapat Pahala



MAKRUH
Sesuatu yang yang tidak digalakkan untuk melakukanya , sekiranya dilakukan tidak mendapat dosa , tetapi sekiranya di tinggalkan mendapat pahala


HARUS
Sesuatu perbuatan yang dilakukan tidak mendapat pahala , tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.