widget

Monday, October 24, 2011

PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Kepada murid-murid SK Convent Aulong yang akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun, di sini ustazah senaraikan panduan untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan iaitu:

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Sumber : Kalam Abu Musaddad

Friday, October 21, 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Menggerakkan anggota badan tiga kali berturut-turut
2. Terkena najis sama ada pada badan, tempat atau pakaian
3. Berhadas kecil atau berhadas besar
4. Bercakap-cakap dalam solat
5. Membuka aurat dengan sengaja
6. Makan dan minum dalam solat
7. Berpaling dada dari arah kiblat
8. Ketawa ketika solat
9. Berubah niat
10. Murtad


Antara persediaan untuk mengelak daripada terbatal solat
1. Berwuduk dengan sempurna
2. Memakai pakaian yang bersih


3. Melakukan solat di tempat yang bersih
4. Menunaikan solat ditempat yang bersih
5. Menunaikan solat pada awal waktu
6. Membaca ayat-ayat dalam solat dengan betul
7. Melakukan rukun-rukun solat dengan sempurna 
Info: 
Jika solat seseorang terbatal, wajib mengulangi semula solat tersebut .

Hikmah Solat
1. Meningkatkan iman
2. Jiwa menjadi tenang dan tenteram
3. Mendapat ganjaran pahala di akhirat
4. Mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan dosa
5. Hidup dirahmati Allah
6. Melatih diri menepati masa





SUCI DARIPADA HADAS


KONSEP BERSUCIMembersihkan badan, pakaian dan tempat sembahyang dari segala kekotoran, najis dan dari sebarang hadas


AIR YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI
Air yang boleh digunakan untuk bersuci ialah air mutlak yang suci lagi menyucikan, seperti:
 Air yang turun dari langit:
 Air hujan
 Air embun
 Air yang keluar dari bumi:
 Air laut
 Air batu
 Air sungai
 Air mata air
 Air telaga / perigi
JENIS-JENIS HADAS Hadas kecil
 Hadas besar

PENGERTIAN HADAS KECIL
Berbagai pengertian hadas kecil diberikan, secara ringkasnya disenaraikan setiap pandangan mengenainya di bawah ini:
 Hadas yang hanya menyebabkan wajib wuduk
 Hadas membatalkan wuduk
 Hadas memerlukan kita mengangkatnya dengan mengambil wuduk
CONTOH HADAS KECIL Keluar sesuatu daripada dua jalan iaitu qubul atau dubur, seperti:
 Kentut
 Air kencing
 Tahi
 Mazi
 Keputihan
 Wadi
 Tersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik
 Tidur yang tidak tetap dua ponggong
 Hilang akal dengan sebab mabuk dan gila
 Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan
PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN SEMASA BERHADAS KECIL Menunaikan solat
 Tawaf di Kaabah
 Menyentuh Al-Qur'an
PENGERTIAN HADAS BESARHadas yang mewajibkan mandi

CONTOH-CONTOH HADAS BESAR
 Bagi lelaki dan perempuan:
 Persetubuhan
 Keluar mani
 Khas bagi perempuan sahaja:
 Haidh: darah yang keluar dari dari faraj perempuan tiap-tiap bulan di kala badannya sihat
 Nifas: darah yang mengiringi kelahiran
 Wiladah: kelahiran yangbelum sampai waktunya

Thursday, October 20, 2011

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

SUNAT MENZIARAHINYA SECARA BERSELANG HARI

MAKRUH JIKA TINGGAL TERLALU LAMA DAN MENYUSAHKAN SI PESAKIT SERTA KELUARGANYA

SUNAT DUDUK DEKAT DENGAN KEPALA SI PESAKIT

SUNAT MEMBACA DOA DAN MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG DISENANGI OLEH SI PESAKIT

SUNAT MENGAMPUNKAN SETIAP KESALAHAN PESAKIT SEKIRANYA IA ADA MEMBUAT KESALAHAN DENGAN KITA

MEMBAWA APA-APA BUAH TANGAN YANG PATUT BAGI MERINGANKAN BEBANNYA DAN JUGA KELUARGANYA

Wednesday, October 19, 2011

ADAB MELAYAN TETAMU

Siapakah tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Apa ada terhadap tetamu?
Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;
1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?
Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.
Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.

APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
Jagalah adab-adab berikut:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah.

4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul.

5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok.

6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.
Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang.

Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.

HORMATILAH GURU

ADAB MENGHORMATI GURU


Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan seseorang itu mereka adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa dahulu.
Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.
Sabda Rasulullah saw
Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya dia memuliakan TuhanNya.
Cara beradab menghormati guru
- Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
- Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
- Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
- Mengucap salam setiap kali bertemu guru
- Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
- Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
- Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
- Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
- Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
- Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
- Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.
Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian

Tuesday, October 18, 2011

PEMBAHAGIAN NAJIS

Najis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
i) Najis Mukhaffafah  (ringan)
ii) Najis Mutawassitah (pertengahan)
iii)Najis Mughallazah (berat)

1)  Najis mukhaffafah
-  Najis Mukhaffafah ialah najis kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah yang tidak makan kecuali  
    susu ibunya sahaja.
Cara menyucinya :
Memadai dengan hanya memercikkan sahaja air ke atas najis tersebut sehingga rata.

2) Najis Mutawassitah
-Najis Mutawassitah atau najis pertengahan ialah  seperti :-
 Darah, nanah, muntah, tahi, air kencing,wadi(air yang keluar dari kemaluan wanita yang bekerja berat), bangkai, Mazi (air yang keluar dari kemaluan  lelaki mahupun wanita semasa naik syahwat yang sedikit), arak, susu binatang yang tidak halal dimakan dan juga maninya.
Cara menyucinya :
a) Buang najis terlebih dahulu.
b) Cuci tempat yang terkena najis sehingga hilang bau, warna dan rasanya.

PANDUAN SOLAT JENAZAH



Berdiri (Bagi yang berupaya)
Niat
Takbiratu Ihram
Selepas Takbir Pertama :
Membaca Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua :
Membaca Selawat Atas Nabi
Selepas Takbir Ketiga :
Membaca Doa
Selepas Takbir Keempat :
Memberi Salam
LAFAZ-LAFAZ NIAT, SELAWAT DAN DOA-DOA
LAFAZ-LAFAZ NIAT
i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)


(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
ii) Lafaz Niat : Jenazah perempuan dewasa (hadir)



(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)
iii) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak lelaki (hadir)



(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
iv) Lafaz Niat : Jenazah kanak-kanak perempuan (hadir)



(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
v) Lafaz Niat: Jenazah lelaki (ghaib)

(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
vi) Lafaz Niat : Jenazah perempuan (ghaib)



(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
vii) Lafaz Niat : Jenazah hadir ramai



(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
2.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH



3.MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI


Selawat boleh dibaca mana-mana satu selawat dan yang seelok-eloknya dibaca selawat Ibrahimiah iaitu seperti di atas.
4.MEMBACA DOA
Doa Jenazah Lelaki